MAKLUMAN PENTING
Penyerahan pingat dan sijil kepada pemenang akan diadakan pada :
Tarikh & Masa :
8 Ogos 2011 (Isnin) jam 10.00 pagi - 4.30 petang
Tempat  : Aras Bawah, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Menara II,Pusat Teknologi UPM-MTDC, UPM

(Medal and certificate of the PRPI winners can be collected on 8th August 2011 (Monday)
between 10 am - 4.30 pm)
Venue  : Ground Floor, Office of The Deputy Vice Chancellor (Research and Innovation), Tower II, UPM-MTDC Technology Centre, UPM)
PAMERAN REKACIPTA PENYELIDIKAN & INOVASI
PRPI 2011 kini telah memasuki tahun penganjurannya yang ke-9. Pameran penyelidikan di UPM telah bermula sejak tahun 1997 semasa Exhibition & Seminar Harnessing for Industry Advantage. Pada tahun 2002, Pameran Reka Cipta dan Penyelidikan (PRP) buat pertama kali telah diadakan dengan menggunakan konsep pertandingan hasil projek penyelidikan yang telah dijalankan oleh para penyelidik UPM. Kejayaan penganjuran PRP 2002 telah merintis usaha untuk menjadikannya sebagai aktiviti tahunan UPM dan ianya terus berkembang sejajar dengan nama barunya yang ditukar kepada Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi yang bermula penganjurannya pada tahun 2005.

Sebagai kesinambungan daripada kejayaan penganjuran PRPI 2006, 2007, 2008 dan 2009 yang lalu dan status UPM sebagai salah sebuah Universiti Penyelidikan, PRPI 2011 kali ini yang merupakan pameran penyelidikan yang terbesar di UPM terus dilaksanakan dengan aspirasi dan semangat yang lebih jitu. Pameran ini juga menjadi pelantar kepada para penyelidik untuk mengenengahkan hasil penyelidikan yang dijalankan dan penemuan baharu kepada umum. Di samping itu ianya juga menjadi penanda aras terhadap kualiti sesuatu projek penyelidikan bagi melayakkan para penyelidik UPM untuk menyertai pameran di peringkat kebangsaan dan seterusnya antarabangsa. Adalah diharapkan pelaksanaan PRPI 2011 ini akan dapat menyemarakkan budaya penyelidikan di kalangan staf dan juga pelajar UPM sekaligus menjadikan UPM sebagai Universiti Penyelidikan yang cemerlang di negara ini.
BORANG TEMPAHAN MEDAL PRPI 2011download
KEPUTUSAN PRPI 2011
BUKU PROGRAM & ABSTRAK
       
Buku Program dan Buku Abstrak PRPI 2011