Utama


Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi (PRPI 09)

PRPI 2009 kini telah memasuki tahun penganjurannya yang ke-7. Pameran penyelidikan di UPM telah bermula sejak tahun 1997 semasa Exhibition & Seminar Harnessing for Industry Advantage. Pada tahun 2002, Pameran Reka Cipta dan Penyelidikan (PRP) buat pertama kali telah diadakan dengan menggunakan konsep pertandingan hasil projek penyelidikan yang telah dijalankan oleh para penyelidik UPM.


SENARAI PEMENANG, PENYERTAAN & ABSTRAK PRPI09


Klik pada untuk melihat abstrak-abstrak pempamer

KEPUTUSAN PRPI09

Berikut adalah keputusan bagi PRPI09 :

Pertanian (AG)
Makanan (FD)
Kesihatan (HE)
Sains Teknologi (STE)
Hutan dan Alam Sekitar (FE)
Sains Sosial (SS)

Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Hamizan (0389471242) / Cik Nasreena (0389471254).
Kejayaan penganjuran PRP 2002 telah merintis usaha untuk menjadikannya sebagai aktiviti tahunan UPM dan ianya terus berkembang sejajar dengan nama barunya yang ditukar kepada Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi yang bermula penganjurannya pada tahun 2005.

Sebagai kesinambungan daripada kejayaan penganjuran PRPI 2006, 2007 dan 2008 yang lalu dan status UPM sebagai salah sebuah Universiti Penyelidikan, PRPI 2009 kali ini yang merupakan pameran penyelidikan yang terbesar di UPM terus dilaksanakan dengan aspirasi dan semangat yang lebih jitu.

Pameran ini juga menjadi pelantar kepada para penyelidik untuk mengenengahkan hasil penyelidikan yang dijalankan dan penemuan baharu kepada umum.

 
Di samping itu ianya juga menjadi penanda aras terhadap kualiti sesuatu projek penyelidikan bagi melayakkan para penyelidik UPM untuk menyertai pameran di peringkat kebangsaan dan seterusnya antarabangsa.

Adalah diharapkan pelaksanaan PRPI 2009 ini akan dapat menyemarakkan budaya penyelidikan di kalangan staf dan juga pelajar UPM sekaligus menjadikan UPM sebagai Universiti Penyelidikan yang cemerlang di negara ini.


Hakcipta © 2009 Sekretariat Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) 2009, (Di kemaskini pada :30 Julai 2009)
Penafian : Universiti Putra Malaysia dan sekratariat tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang
dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.